Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Pekerja kebun terkena peluru sesat di leher

Recommended Posts

71547675653_TBPEMBURUANHARAM.jpg
IPOH: Seorang pekerja kebun cedera di bahagian leher dipercayai terkena peluru sesat ketika sedang membersihkan kebun buah-buahan di belakang Taman Kinta Perdana dekat Batu Gajah di sini, bersama dua rakannya lewat Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa Muhammad Safwan Abu Jaapan, 20 tahun, kini berada dalam keadaan stabil dan telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, untuk mengeluarkan serpihan, disyaki peluru penabur di leher mangsa.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada Pembantu Perubatan bahagian Wad kecemasan Hospital Batu Gajah bahawa mangsa disyaki terkena tembakan peluru sesat di leher kira-kira 5.45 petang.

Katanya, berdasarkan siasatan, rakan mangsa terdengar bunyi letupan sebelum menyedari mangsa yang berada berhampirannya rebah dan darah mengalir di leher.

"Kejadian disyaki akibat peluru sesat yang dilepaskan oleh pemburu haram yang sering memburu ayam hutan dan binatang lain di situ," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kawasan kebun buah-buahan yang berpagar itu telah diteroka sejak 10 tahun lalu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...