Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kebakaran di kokpit, penerbangan Cargolux mendarat cemas

Recommended Posts

51514813843_MAHBMalaysiaAirpo.jpg
PUTRAJAYA: Penerbangan Cargolux Airlines CV703, dalam perjalanan ke Zhengzhou, China, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus berlepas pada Rabu setelah dilaporkan berlaku kebakaran kecil dan asap di kokpit.

Syarikat penerbangan kargo berpangkalan di Luxembourg itu dalam satu kenyataan di sini berkata, keadaan cemas diisytiharkan selepas kru melaporkan berlaku kebakaran itu.

"Kru pengendali membuat keputusan berpatah balik ke Kuala Lumpur dan pesawat mendarat dengan selamat," kata Cargolux.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pengendali lapangan terbang KLIA, dalam Twitter dan Instagram rasminya berkata pesawat itu mendarat dengan selamat pada 8.14 malam dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.


MAHB berkata, landasan berkenaan, Runway 1 (32R) kini ditutup bagi membolehkan pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang memeriksa pesawat.

"Kami menjangka beberapa penerbangan tertangguh berikutan penutupan landasan itu.

"Sila hubungi syarikat penerbangan anda mengenai jadual penerbangan terbaru," katanya.


Ia berkata Cargolux memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu untuk mengetahui sebab berlaku insiden berkenaan. 

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...