Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Mayat dikerat jari kaki: Polis mohon bantuan orang ramai

Recommended Posts

61547645324_MazlanLazim.jpg
KUALA LUMPUR : Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes penemuan dua mayat yang ditemui dalam keadaan jari kaki dikerat untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya berharap ada individu yang boleh tampil menyalurkan maklumat berhubung dua mayat yang ditemui di lokasi berlainan.

"Kita minta orang ramai yang ada maklumat untuk tampil bantu pihak polis. Tempat kejadian itu ramai orang lalu, dan kita akan pantau juga rakaman CCTV (kamera litar tertutup)," katanya pada sidang media selepas menghadiri program High Profile Policing di pusat beli-belah Setapak Central pada Rabu.

Kedua-dua mayat warga Bangladesh itu masing-masing ditemui di bawah jambatan Jalan Yew, Kuala Lumpur dan di dalam longkang di Jalan Ulu Yam, Gombak, Selangor.

Tambahnya, pihaknya juga sedang bekerjasama bersama polis Selangor.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambah Mazlan, setakat ini polis telah mengambil keterangan beberapa individu termasuk teman wanita dan juga bekas majikan mangsa. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan laporan itu secara terperinci.

Ahad lalu, dua mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan jari kaki dikerat serta kecederaan pada bahagian muka dan badan.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayat dicampak di kawasan berkenaan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...