Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Budak 2 tahun derita tinggal di sarang dadah

Recommended Posts

BANDARAYA MELAKA: Baru berusia dua tahun tetapi sudah didedahkan dengan pelbagai gejala negatif.

Selama hampir setahun, seorang kanak-kanak lelaki terpaksa hidup dalam kalangan penagih dadah, terperangkap dalam sarang menghidu gam.

Lagi sedih, antara penagih yang terbabit termasuk ibu kandungnya sendiri.

Anak malang itu bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas sarang itu diserbu pihak berkuasa Melaka pagi tadi.

Operasi bersepadu yang bermula pada pukul 10 pagi itu, dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sebuah premis tinggal di Jalan Plaza Mahkota, Banda Hilir.

Penolong Pegawai JKM (Unit Kanak-kanak) Melaka Tengah, Wan Nor Ahniza Hanom Ahmad berkata, dalam serbuan hasil maklumat awam itu, kanak-kanak berkenaan ditemui bersama ibunya, teman lelaki ibunya serta lapan lagi individu yang menetap di premis rumah kedai berkenaan dan menjadikannya sebagai sarang menghidu gam.

Antara mereka yang ditahan di premis rumah kedai yang dijadikan sarang penagihan dadah. - Astro AWANI
Ujarnya, wanita yang berusia 32 tahun itu menjadi perhatian JKM sejak tahun 2015 lagi ekoran mempunya tiga anak luar nikah termasuk seorang bayi berusia empat bulan yang dilahirkan di sarang dadah berkenaan sebelum diselamatkan oleh JKM.

Anak sulungnya pula yang berusia tujuh tahun, kini di bawah jagaan datuknya.

Menurut Wan Nor Ahniza, wanita itu pernah beberapa kali ditahan JKM bersama anak-anaknya, dan pihak berkuasa cuba bantu untuk menyelesaikan proses pernikahannya, namun dia beberapa kali melarikan diri.

"Kanak-kanak itu tinggal di persekitaran yang tidak sihat. Sebenarnya, sudah beberapa tahun JKM cuba untuk selamatkan kanak-kanak ini kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu kandung dan juga teman lelaki ibu kandung.

"Kita juga berusaha menguruskan pernikahan di antara ibu kandung dan teman lelakinya, tetapi tidak berjaya kerana kedua-dua mereka melarikan diri," katanya.


Wan Nor Ahniza berkata, kanak-kanak lelaki itu akan ditempatkan sementara di rumah perlindungan kanak-kanak di Durian Daun mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Dalam pada itu, Pengarah AADK Melaka, Mohd Yusof Kameh ketika dihubungi berkata, dalam serbuan pagi tadi, lapan daripada 10 individu yang ditahan, termasuk wanita terbabit, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat AADK Melaka untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...