Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ditahan SPRM

Recommended Posts

81527783134_SPRMlogo.jpg
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan berjumlah RM2,000, pada Rabu.

Menurut sumber, lelaki berusia 43 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Port Dickson pada pukul 3.10 petang selepas hadir memberi keterangan.

Kata sumber itu, suspek telah meminta wang rasuah berjumlah RM2,000 daripada seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan sebagai dorongan untuk meluluskan tuntutan tugas pengawal keselamatan bagi bulan Oktober 2017. 

Difahamkan, pengurus syarikat terbabit telah pun memasukkan wang tersebut ke dalam akaun peribadi suspek.

Tambah sumber lagi, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Port Dickson pada Khamis. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hairuzam Mohmad Amin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...