Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Jihad Bisnes sebagai jalan dakwah ekonomi

Recommended Posts

SERINGKALI kita mendengar penyataan 'bisnes bukan untuk mereka yang takut gagal'. Saya bersetuju dengan penyataan tersebut namun ia harus dipandang dari perspektif bisnes yang positif, ‘usahawan bisnes harus berani gagal!’

Gagal di dalam bisnes bukan bermakna gagal untuk selamanya. Gagal di dalam bisnes adalah proses yang mematangkan usahawan.

'Harga' yang harus dibayar oleh setiap usahawan tulen untuk beroleh kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.

Sejarah telah merakamkan pelbagai kisah usahawan hebat yang mengalami pelbagai kegagalan dan cabaran perniagaan, namun mereka kembali bangkit untuk mencapai kegemilangan.

Keberanian untuk gagal membezakan antara usahawan tulen dan penunggang bisnes kerana jiwa usahawan tulen yang telah mengalami kegagalan mempunyai kekuatan, keazaman dan kecekalan.

Usahawan tulen akan menerima ketentuan daripada kegagalan perniagaan mereka dan bangkit bergerak ke hadapan dengan pantas untuk mencari ruang dan peluang baru yang tercipta dari setiap kegagalan.

Kecekalan dan keazaman jiwa usahawan tulen seharusnya wujud dalam setiap jati diri usahawan muslim.

Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM mendokong kuat idea Jihad Bisnes yang dipelopori oleh Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebagai pengisian yang wajib ada dalam setiap jiwa usahawan muslim.

Allahyarham yang juga mantan Presiden DPIM di dalam bukunya, Strategi Jihad Bisnes menegaskan, Jihad Bisnes sebagai satu tuntutan kepada usahawan dan ahli bisnes agar gagah dan gigih berusaha mengatasi segala halangan dan rintangan, termasuk kegagalan dan ketewasan dalam bisnes dengan semangat juang paling tinggi tanpa mengenal erti kalah.

Buku tulisan Tan Sri Muhammad Ali Hashim ini menerangkan bagaimana Jihad Bisnes merupakan tuntutan kepada usahawan dan ahli bisnes agar gagah dan gigih berusaha mengatasi segala halangan dan rintangan termasuk kegagalan.

Paling utama, Jihad Bisnes mewajibkan segala usaha bisnes dikendalikan dengan memenuhi semua tuntutan menyempurnakan bisnes sebagai ibadah dan amalan soleh, amar makruf dan nahi mungkar, selain menjauhi rakus dan serakah.

Beliau meletakkan sepenuh kepercayaan apabila roh jihad bisnes telah tersemat dalam jiwa para usahawan muslim maka ia akan membina suatu sikap dan motivasi tinggi  kepada para usahawan untuk terus bergerak ke hadapan walau apa jua cabaran perniagaan yang terpaksa diharungi.

Jihad dalam bisnes adalah satu perjuangan yang panjang dan setiap usahawan muslim harus mengambil iktibar daripada perjuangan dakwah Islam Rasullulah yang melalui tempoh 20 tahun yang sukar sebelum berjaya menawan hati penduduk Tanah Arab dan akhirnya Islam turut berkembang ke seluruh pelusuk dunia.

Ternyata kedatangan dan penyebaran Islam ke Tanah Melayu turut melalui jalan perdagangan. Justeru sebagai pendokong kuat jihad bisnes, DPIM mengajak seluruh usahawan muslim meneruskan kesinambungan tersebut.

Dalam erti kata lain, usahawan muslim mesti bersedia menjadi agen dakwah yang bukan sahaja mahir dalam ilmu perniagaan malah sentiasa berlumba-lumba menjadi khalifah bisnes yang memberi manfaat sesama insan.

Jihad bisnes berpegang dengan falsafah ‘Al yadul ulya khairun minal yadis suflaa’ (HR Muslim) ertinya: Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima.

Natijahnya, hidup usahawan muslim yang memberi akan membina prinsip muamalah dan ekonomi Islam yang adil dan menolak sistem ekonomi  yang bertunjangkan kepentingan diri dan sifat kapitalis yang bobrok.

Jihad bisnes menolak budaya mencari kekayaan untuk dibolot dan didominasi oleh segelintir manusia semata-mata dan berpegang kepada penjanaan kekayaaan ummah  secara adil dan saksama agar jurang miskin kaya dapat dirapatkan yang seterusnya memakmurkan kehidupan dan membina ketamadunan Islam baharu. Insya Allah.

• Program Rakan Jihad Bisnes Johor berlangsung  pada setiap Rabu 9 pagi di Kempas.
• Program Rakan Jihad Bisnes Putrajaya berlangsung 2 kali sebulan setiap hari Jumaat 10 pagi di Kelab Tasik Putrajaya



* Mohsein Shariff merupakan Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.

** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...