Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Pelajar universiti mengaku tidak bersalah jadi bapa ayam

Recommended Posts

71547633250_MAHKAMAHTINGGISYARIA.jpg
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tahun akhir jurusan perubatan sebuah universiti awam di sini, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas kesalahan Muncikari atau menjadi 'bapa ayam' Ogos tahun lepas.

Mohd Luqman Zulkepli, 29, berasal dari Panji Alam dekat sini, dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di bandar raya ini antara pukul 2.43 pagi hingga 6.05 petang, pada 27 hingga 28 Ogos 2018.

Dia dituduh mengikut Seksyen 28 (Muncikari), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu jika sabit kesalahan.

Hakim Kamalruazmi Ismail kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan 24 Feb sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Muhammad Khasmizan Abdullah manakala tertuduh diwakil peguam Fazru Anuar Yusof dan Mohd Sofian Arifin. -- Bernama

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...