Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Am : Malaysia tidak akan jadi tuan rumah acara babit Israel

Recommended Posts

PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) — Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga Israel, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada mesyuarat Kabinet dua minggu lepas, beliau berkata Jemaah Menteri juga memutuskan wakil Israel tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menghadiri sebarang acara dan program.

“Keputusan kabinet dua minggu lepas menunjukkan pendirian tegas kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menerima memorandum daripada 43 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong pembebasan Palestin di Wisma Putra di sini hari ini.

Sebelum itu, Saifuddin menerima memorandum yang diserahkan Pengerusi Boycott Divesment Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail yang menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini.

“I thanked all of you for coming up with a memorandum in supporting the pledge for Palestine. We look forward to work closely pertaining brothers and sisters in Palestine,” he said.

(“Saya berterima kasih kepada anda semua yang tampil dengan satu memorandum menyokong rayuan bagi Palestin. Kami menanti untuk bekerjasama erat berhubung saudara di Palestin,” katanya.)

Pada 10 Jan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos hadapan.
.....

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...