Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Aquaman kutip lebih USD1 bilion selepas 22 hari

Recommended Posts

41547606573_Aquaman.jpg
TAHNIAH James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, yang mencipta fenomena apabila berjaya menjadikan filem arahannya Aquaman sebagai Box Office!

Aquaman mencipta sejarah apabila filem terbitan DC dan Warners Bro itu, yang ditayangkan sejak 21 Disember 2018 meraih kutipan lebih dari USD1 bilion pada Sabtu.

Dengan kutipan sebanyak USD4.5 juta di Amerika Utara dan USD5.4 juta di luar negara membuatkan filem itu berjaya mengutip sejumlah USD988.6 juta pada Jumaat.

BACA: Trailer baru filem Aquaman buat ramai peminat teruja! 
Menurut laporan media antarabangsa, sejak filem itu ditayangkan, ia terus menerus memikat penonton seluruh dunia dan ia menjadi filem komik DC yang pertama mencecah billion dolar dalam masa tayangan 22 hari, selain The Dark Knight Rises.

Kejayaan ini membuatkan Wan, pengarah filem warga Australia yang menetap di Los Angeles, menjadi salah seorang daripada 8 pengarah yang mempunyai dua filem dalam kategori 'kelab USD1 bilion'.


Pengarah lain dalam kategori sama termasuk Chris Nolan untuk filem Dark Knight dan Dark Knight Rises, Michael Bay (Transformers 3 dan Transformers 4), Peter Jackson (Lord of the Rings: The Return of the King, The Hobbit: An Unexpected Journey) dan Joss Whedon (Avengers dan Avengers: Age of Ultron).

Pelakon yang menjayakan watak utama sebagai Aquaman, Jason Momoa, turut mengucapkan terima kasih kepada peminat melalui laman Instagram miliknya.


Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...