Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Am : Musa Aman perlu serah semula pasport kepada mahkamah, tiada rawatan luar negara

Recommended Posts

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman perlu memulangkan semula pasportnya kepada Mahkamah Sesyen selepas Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan arahan Mahkamah Rendah yang membenarkan beliau mendapatkan semula pasport sementaranya untuk mendapatkan rawatan di Singapura dan London.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaraya agar dikaji semula perintah itu yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob yang membenarkan Musa, 68, dibebaskan pasport antarabangsanya daripada ditahan bagi membolehkan beliau mendapatkan rawatan ke luar negara.

Dalam penghakimannya, Mohd Zaini berkata adalah dipertikaikan bahawa Musa mengalami beberapa penyakit sebaliknya koronori semulajadi sahaja di samping tiada cadangan oleh tertuduh yang beliau hanya boleh dirawat di Singapura dan London, United Kingdom, sahaja.

“Isu berkaitan di sini ialah sama ada beliau perlu diberi kebebasan untuk mendapatkan rawatan dan ujian di luar negara. Tidak terdapat cadangan oleh tertuduh bahawa beliau hanya boleh dirawat di Singapura dan United Kingdom. Ia bergantung kepada beliau untuk menunjukkan bahawa dia memerlukan perhatian perubatan khas yang mana tidak terdapat di negara ini.

“Pada fikiran saya, tertuduh hanya mahu dirawat oleh doktor pilihan beliau. Andaiannya ialah beliau boleh dirawat dalam negara dan penyakit yang dialaminya boleh dirawat oleh doktor dalam negara. Malahan surat-surat yang dikemukakan dalam afidavit menunjukkan rumusan yang sama,” katanya.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...