Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Mat Sabu nafi guna helikopter ATM berkempen PRK Cameron Highlands

Recommended Posts

81528148818_matsabu.jpg
KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Sehubungan itu, beliau meminta bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak terlebih dahulu fakta sebelum membuat tuduhan terhadapnya.

Katanya, gambar yang memaparkan beliau dengan berlatarbelakangkan helikopter merupakan lawatan rasminya ke Kem Slim, Cameron Highlands pada 9 Jan, tiga hari sebelum penamaan calon PRK kawasan Parlimen itu.

Jelasnya, beliau yang juga Presiden Amanah menaiki kereta persendirian ke Cameron Highlands pada hari penamaan calon, Sabtu lepas.

"Saya hairan bekas perdana menteri boleh berfikiran standard macam orang lain, sepatutnya dia semak dahulu fakta itu. Sebagai bekas perdana menteri kita hendak hormat dia.

"Tetapi kalau dia juga macam orang lain, saya rasa tidak apalah...kesian tengok orang bertaraf begitu mengambil maklumat tepi jalan," katanya kepada Bernama selepas program bual bicara Bernama News Channel di sini malam tadi.

Beliau mengulas hantaran di Facebook Najib mengenai gambar yang tular di media sosial mengaitkan Mohamad menggunakan helikopter ATM untuk berkempen pada PRK tersebut.

Mohamad berkata anggota tentera ditemuinya di Kem Slim juga bukan merupakan pengundi Parlimen Cameron Highlands, sebaliknya pengundi Parlimen Sungai Petani, Kedah.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan malam tadi berkata dua gambar yang tular di media sosial adalah pada hari dan tarikh berlainan.

"Gambar pertama yang berlatarbelakangkan helikopter adalah lawatan rasmi beliau sebagai Menteri Pertahanan ke Kem Slim, Cameron Highlands pada Rabu, 9 Jan 2019. Beliau telah pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama selepas selesai lawatan.

"Gambar kedua yang memaparkan beliau ke penamaan calon PRK Cameron Highlands adalah pada hari Sabtu, 12 Jan 2019. Beliau bertolak ke Cameron Highlands pada 11 Jan menggunakan jalan darat dengan menaiki kenderaan persendirian dan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penamaan calon," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut dakwaan bahawa Mohamad menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk berkempen di Cameron Highlands baru-baru ini, adalah tidak benar sama sekali, dan sehubungan itu mana-mana pihak perlu memeriksa terlebih dahulu untuk kesahihan maklumat sebelum menyebarkan perkara tidak benar.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...