Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kementerian betulkan infografik buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Recommended Posts

41483445620_kpm.jpg
KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera membetulkan infografik pada buku teks subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun Tiga kerana ia boleh disalah tafsir.

Dalam kenyataan pada Selasa, KPM berkata infografik pada halaman 67 dalam buku teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dibekalkan ke semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pada tahun ini itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung 'penjagaan kehormatan anggota seksual.'

"KPM yang menerima maklum balas mengenai infografik tersebut semalam (14 Jan) telah mengambil tindakan segera untuk membetulkannya.

"KPM memutuskan untuk menambah baik kandungan buku tersebut dengan menyediakan ralat dalam bentuk QRCode, yang akan dimuat naik pada 17 Jan (Khamis ini) untuk makluman guru, murid dan ibu bapa," katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan ralat dalam bentuk pelekat juga akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah berkenaan termasuk ke SJKT mulai 29 Jan.

"Surat makluman berkaitan hal ini akan dikeluarkan dan dipanjangkan ke semua sekolah untuk memaklumkan tentang langkah penambahbaikan tersebut," katanya. 

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...