Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Piala Asia: Australia mara singkirkan Syria

Recommended Posts

41547588418_SyiriaTerisingkir.jpg
AUSTRALIA 3 SYRIA 2

Juara bertahan, Australia, terpaksa melalui detik-detik getir sebelum menempah slot pusingan 16 Piala Asia daripada kemenangan 3-2 ke atas Syria untuk mengesahkan kedudukan naib juara Kumpulan B, pada Selasa.

Skuad Socceroos itu membuka jaringan di Stadium Khalifa bin Zayed hasil penyudah gemilang kaki kiri Awer Mabil pada minit ke-41 selepas menerima bola daripada Chris Ikonomidis di penjuru kotak penalti.

Hanya dua minit sesudah itu, Syria bangkit untuk mengimbangi kedudukan apabila hantaran tepat Amro Jenyat menemui Omar Kharbin betul-betul di depan pintu gol lawan.

Walaupun tandukannya pada mulanya ditampan Mathew Ryan, lantunan bola kembali kepada Omar untuk tidak melakukan kesilapan menggegar jaring.

Australia, bagaimanapun, kembali di depan sembilan minit selepas permainan bersambung dalam babak kedua, dengan Tom Rogic tampil selaku pengumpan dengan melambungkan hantaran untuk disudahkan Ikonomidis menewaskan Ibrahim Alma.

Syria kemudian menuntut sepakan penalti selepas sejam permainan apabila Mark Milligan dilihat terpegang bola, namun rayuan mereka tidak diendahkan pengadil.

Ketika permainan berbaki 11 minit, satu lagi kontroversi menyusul apabila Omar Al-Soma rebah di depan pintu gol Australia untuk dianugerahkan sepakan penalti di sebalik ulang tayang menunjukkan hanya sentuhan minimum ke atasnya.

Omar sendiri bingkas bangun untuk menyempurnakan sepakan penalti itu, sekali gus menghidupkan saki-baki peluang Syria untuk meneruskan kemaraan.

Pada detik itu, Syria masih berpeluang mara sekalipun berbekalkan hanya dua mata sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga peringkat kumpulan.

Namun, takdir mereka nyata berbeza apabila Australia memanfaatkan satu serangan pada penghujung perlawanan untuk Rogic merembat masuk dari luar kawasan penalti untuk Socceroos yang kesudahannya bersuka-ria.

Menduduki tangga kedua di belakang Jordan dalam Kumpulan B, Australia seterusnya akan berdepan naib juara Kumpulan F, Isnin ini, sambil Syria mengambil penerbangan pulang.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...