Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Perodua lancar SUV pertama 'Aruz'

Recommended Posts

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) 'Aruz' dengan dua varian ditawarkan – 1.5X dan 1.5 Advance.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Darell Leiking pada Selasa.

Aruz ditawarkan dengan harga RM72,200 bagi varian 1.5X dan RM77,200 bagi 1.5 Advance.

Ia dihadirkan dengan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

Pelancaran Perodua Aruz di MITEX pada Selasa. - Astro AWANI/Shahir Omar
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, model Aruz ini ditetapkan dengan piawaian terbaharu yang meliputi kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan.

Ia turut menerima pengiktirafan lima bintang bagi ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu (NCAP) di Asia Tenggara.

"Menerusi ciri ASA 2.0, ia dapat mengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang dipertingkatkan sehingga 100 km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80 km/j bagi sistem Brek Pra-Pelanggaran," katanya ketika berucap pada majlis pelancarannya di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Selasa.

Tambahnya, sejak 3 Jan lepas, Aruz telah menerima sebanyak 2,200 tempahan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...