Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Caj melibatkan isu sisa plastik diketahui dalam tempoh sebulan - Zuraida

Recommended Posts

41546336013_plasticwaste.jpg
PUTRAJAYA: Sebarang caj melibatkan apa sahaja isu berkenaan sisa plastik hanya akan diketahui dalam masa satu bulan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menjelaskan, ia kini melalui beberapa peringkat perbincangan selain memerlukan sedikit masa untuk diluluskan.

"Sekarang jangkaan dalam satu bulan lagi, dapat keputusan fi lesen, pengesahan dan caj untuk setiap tan yang dibawa masuk," katanya selepas pertemuan dengan beberapa persatuan alam sekitar di pejabatnya di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, Zuraida dilaporkan berkata, kementeriannya masih belum meluluskan sebarang pemberian lesen import (AP) bagi sisa plastik kepada mana-mana syarikat sejak ia dibekukan pada Julai tahun lepas.

Jelasnya, walaupun sebelum ini pihaknya menetapkan pemberian AP sisa plastik dihentikan untuk tempoh tiga bulan, sehingga kini kelulusan masih belum diberikan bagi memastikan setiap prosedur baharu yang ditetapkan KPKT dipatuhi pihak industri.

Dalam pada itu katanya, mana-mana tapak himpunan sisa plastik dikehendaki berbumbung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk atau tapak takungan air.

BACA: Lambakan sisa plastik AS di Pelabuhan Klang - Laporan

Jelasnya, hanya 19 syarikat memohon untuk AP berkenaan selain berjanji akan memeriksa keadaan kilang terbabit sebelum membuat keputusan layak diberi AP.

Tegasnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut diarahkan untuk memastikan setiap kontena sisa plastik yang masuk ke negara ini mematuhi prosedur serta peraturan baharu berkaitan sisa plastik ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tambahnya, hanya plastik yang benar-benar boleh dikitar semula akan dibenarkan masuk untuk memastikannya memberi pulangan kepada hasil negara.

Pada Julai tahun lepas, KPKT mengumumkan pemberian AP sisa plastik dihentikan untuk tempoh tiga bulan susulan insiden pencemaran serius di Kuala Langat, Selangor yang dikatakan berpunca daripada kilang memproses plastik import secara haram.

BACA: Transformasi sampah sebagai sumber kekayaan baharu

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...