Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Isu 'ugut Tok Batin': Bob Manolan mohon maaf

Recommended Posts

41547469477_Bob.jpg
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Bob Manolan Mohamad hari ini memohon maaf berhubung kenyataan yang mencadangkan agar kerajaan pusat tidak membayar gaji tok batin yang tidak menyokong dasar Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan hari ini, senator PKR itu menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan atau menggugut tok batin.

“Tiada sedikit pun niat di hati saya untuk menyinggung perasaan mereka jauh sekali untuk menimbulkan ugutan. 

“Saya mempertahankan institusi tok batin sejak dulu lagi malah membela nasib mereka yang pernah dipecat oleh kerajaan yang terdahulu,” ujarnya dalam kenyataan tersebut hari ini.

BACA: Malaysia baharu perlu bebas politik ugutan, paksaan - Syed Saddiq

BACA: PH tidak setuju tindakan ugut Tok Batin - Dr Wan Azizah

BACA: Manogaran enggan dikaitkan dengan isu ugut Tok Batin

Bob Manolan turut menyatakan bahawa beliau menyedari kenyataan yang dibuat bukan sahaya mengguris perasaan tok batin tetapi ia juga tidak disenangi oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan.

“Saya menyedari bahawa kenyataan saya tersebut bukan sahaja mengguris perasaan tok-tok batin tetapi juga tidak disenangi oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan kerana prinsip Kerajaan Pakatan Harapan yang mempertahankan amalan demokrasi,” katanya.

Beliau mengakui bahawa kenyataan yang dibuatnya dalam program di Pos Betau, Cameron Highlands pada 11 Jan lalu agak keterlaluan dan boleh dikelirukan sebagai satu ugutan.

“Saya mengakuinya sebagai satu ucapan yang agak keterlaluan kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan boleh dianggap sebagai satu ugutan.

“Sehubungan itu, saya dengan ini melahirkan rasa kesal di atas ketelanjuran kata yang boleh ditafsirkan sebagai satu ugutan kepada tok-tok batin,” katanya.

Menurut Manolan, jika diteliti ucapan beliau di Cameron Highlands, beliau banyak menjelaskan kepentingan peranan tok batin menjalankan semua dasar kerajaan sekarang.

Tambahnya, kenyataan yang dipertikai hanya merujuk kepada tok batin yang mempunyai jawatan dalam UMNO.

“Jika diteliti sepanjang ucapan saya itu, saya lebih banyak menjelaskan betapa pentingnya peranan tok-tok batin menjalankan semua dasar kerajaan sekarang yang begitu komited untuk memperjuangkan nasib mereka.

"Bagaimana mungkin dasar kerajaan yang mahu membela nasib masyarakat Orang Asli dapat dilakukan oleh kerajaan sekiranya tok batin yang dilantik itu terdiri dari Ketua-Ketua Cawangan UMNO yang secara jelas adalah parti yang menentang kerajaan dan mereka akan sentiasa bekerja untuk parti UMNO sebagai sebuah parti pembangkang.

"Peraturan ini juga terpakai kepada semua pegawai kerajaan dan ketua-ketua jabatan kerajaan di mana seharusnya tiada sikap ‘kepartian’ di dalam diri mereka sewaktu memegang jawatan yang diamanahkan kepada mereka,” tambahnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×