Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Sindiket bekal dadah kepada penjara tumpas

Recommended Posts

81547453692_RAMPASAN.jpg
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menumpukan penjualan untuk tahanan penjara selepas lima lelaki ditahan di sekitar Johor, pada Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil penahanan suspek berusia antara 26 hingga 30 tahun itu melibatkan rampasan dadah yang dianggarkan bernilai RM814,000.

Sabtu lalu, Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Johor melancarkan dua serbuan di sekitar Johor bermula pukul 7 malam hingga 11 malam.

Hasil serbuan, polis menahan lima lelaki tempatan dan merampas 9.88kg dadah disyaki syabu, 16.4kg heroin dan 940 biji pil ecstasy.

Polis turut merampas dua buah kereta, tiga motosikal, barang kemas dan wang tunai RM22,000. Jumlah sitaan tersebut dianggarkan bernilai RM189,000.

"Sindiket ini dikenal pasti aktif membekalkan dadah kepada penjara Simpang Renggam sejak tahun 2017.

"Operasi untuk menumpaskan sindiket ini dijalankan oleh JSJN Bukit Aman bersama JSJN Johor dan Jabatan Penjara Malaysia,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Jelas Mohamad Fuzi, penahanan lima suspek terbabit adalah susulan penangkapan empat ahli sindiket pada tahun lalu.

Semua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 19 Jan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA: Lapan ditahan dalam operasi dadah jutaan ringgit di Perak dan Johor

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×