Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Pembekal pekerja warga asing maut ditikam 14 kali

Recommended Posts

71547301968_TIKAM.jpg
BUKIT MERTAJAM: Seorang pembekal pekerja asing kepada pengilang ditemui maut dengan kesan 14 tikaman dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Pulasan, Bukit Minyak, Bukit Mertajam petang Sabtu.

Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai R. Manogaran, 55 tahun dari Subang Jaya, Selangor ditemui didalam bilik utama dalam keadaan terlentang dengan sebilah pisau sepanjang 33 sentimeter tertusuk di bahagian perutnya.

Ketua Polis Daerah Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata terdapat 13 kesan tikaman di bahagian depan badan dan rusuk serta satu tikaman di bahagian belakang mangsa.

Pemeriksaan Pasukan Forensik juga menemui pahat berhulu besi sepanjang 23 sentimeter di singki bilik air utama rumah berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa yang tidak berkahwin tinggal bersama 10 orang pekerja warga Myanmar di rumah tersebut.

Nik Ros Azhan berkata mangsa dikatakan tidak menghantar makanan kepada pekerjanya sehingga jam 2 petang menyebabkan pihak kilang menghubungi seorang pemandu van yang mengenali mangsa.

Pemandu van itu yang tidak dapat menghubungi mangsa terus ke rumah mangsa dan mendapati rumah tidak berkunci.

Dia kemudiannya masuk ke dalam rumah tersebut dan melihat kesan darah di bahagian ruang tamu serta mendapati pintu bilik mangsa berkunci.

Sebaik pintu bilik mangsa dibuka dengan bantuan seorang pekerja Myanmar yang tinggal berdekatan, mereka terkejut apabila melihat mangsa sudah tidak bernyawa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak polis kini sedang mengenal pasti beberapa pekerja mangsa untuk membantu siasatan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×