Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tiada peraturan wajibkan peniaga restoran miliki sijil halal - Jakim

Recommended Posts

51547270808_RESTORAN.jpg
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menegaskan bahawa cadangan mewajibkan peniaga restoran memiliki sijil halal memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak.

Ketika ini,  jelasnya, tiada peraturan mewajibkan mana-mana syarikat  mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dari Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri, atau Majlis Agama Islam Negeri.

"Dimaklumkan bahawa, SPHM adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Permas), Ayob Abd Majid pada 7 Januari lalu yang mencadangkan Jakim mewajibkan sijil halal kepada pengusaha restoran sebelum beroperasi.

Justeru, Jakim menasihatkan semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan supaya mendapatkan sijil halal dari Jakim atau JAIN bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan yang disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna.

"Berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011, sekiranya didapati mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna dengan status halal maka mereka boleh didenda sehingga tidak melebihi RM5 juta jika kesalahan pertama dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan.

"Manakala jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama," ujarnya.

Ujarnya, peniaga juga perlu mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk membangun perusahaan dan memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini.

Manakala bagi pengguna, mereka diingatkan memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×