Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tak mampu lagi pelihara, pemilik hantar kucing sakit melalui pos

Recommended Posts

71547286755_KUCINGCOMEL.jpg
TAIPEI: Apa anda akan lakukan jika kucing kesayangan tidak dapat bergerak dan memerlukan jagaan sepenuh masa?

Bagi seorang lelaki di Taiwan, dia memilih menghantar kucingnya yang sakit melalui kurier.

Ketika ditahan pihak berkuasa, Yang, 33, mengaku tidak mampu lagi menjaga kucingnya yang cedera di kaki dan tidak dapat bergerak.

Menurut Yang, kucingnya telah diberikan rawatan akupuntur dan herba namun haiwan kesayangannya itu tetap tidak sembuh daripada kecederaannya, lapor portal Daily Mail.

Tambahnya, dia cuba mendermakan kucing itu kepada peminat kucing namun tiada siapa yang mahu mengambilnya.

Kecewa, Yang memilih untuk memasukkan kucing itu ke dalam kotak dan menghantarnya melalui kurier.

Tidak dapat dipastikan ke mana destinasi ia dihantar dan sama ada dia membuat lubang udara pada kotak yang berisi kucing itu.

Yang didenda £1,500 (kira-kira RM7,900) kerana melanggar undang-undang kekejaman terhadap haiwan dan £750 (kira-kira RM4,000) kerana kucing itu tidak diberi vaksin rabies.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×