Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kayveas tarik diri PRK Cameron Highlands

Recommended Posts

41547259690_KayveasPRK.jpg
TANAH RATA: Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Mengumumkan keputusan itu pada satu sidang media di Pusat Penamaan Calon di SMK Tanah Rata di sini hari ini, Kayveas berkata beliau sebaliknya akan memberi sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran.

"Saya ingin jelaskan, saya penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kekuatan dan kebijaksanaan Perdana Menteri yang akan membawa kita melalui kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

"Oleh itu saya umumkan saya tidak akan meneruskan untuk bertanding dalam PRK ini.

"Saya akan menyokong calon PH secara terbuka dan agresif. Mereka boleh harapkan sokongan kami (MyPPP)," katanya.

Sebelum ini, Kayveas pernah berkata beliau menanti selama berbelas tahun untuk berkhidmat di Cameron Highlands yang terletak di negeri kelahirannya.

BACA: 17 tahun saya tunggu kerusi Cameron Highlands - Kayveas

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×