Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Mayat remaja hilang jatuh tepi pantai ditemui

Recommended Posts

51547255618_BombaKelantan.jpg
BACHOK: Seorang pelajar Tingkatan Satu dilaporkan hilang petang Jumaat ketika terjatuh dari tepi pantai di Pantai Kemayang di sini, dan tengah malam tadi, mayatnya ditemui.

Mayat Muhammad Fakri Amin Mohamad Asri, 13 tahun, ditemui sekitar jam 12 tengah malam, kira-kira 30 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Dalam kejadian jam 6.15 petang semalam, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panji, Kota Bharu itu dikatakan tergelincir ketika berada di atas batu pemecah ombak dan jatuh di tepi pantai sebelum dibawa ombak.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud, kakak mangsa, Noor Attiah Mohamad Asri, 20 tahun, serta seorang lagi rakannya cuba menyelamatkannya tetapi gagal disebabkan ombak besar.

Susulan itu, pasukan bomba berserta polis dan juga orang awam menjalankan pencarian selepas menerima laporan mengenai kejadian.

Yus Heary berkata, Muhammad Fakri yang berasal dari Lundang, Kota Bharu itu telah datang ke kawasan itu bersama keluarga untuk beriadah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×