Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Peras ugut pemaju, kontraktor pembinaan membimbangkan

Recommended Posts

81547219446_perasugut.jpg
KUALA LUMPUR : Jenayah peras ugut terhadap pemaju, pengurus tapak pembinaan dan kontraktor masih wujud seperti yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Setelah sekian lama ia terjadi, timbul persoalan sama ada wujud pihak-pihak yang cuba melindungi kumpulan ini sehinggakan mereka seolah-olah kebal dari undang-undang.

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, secara amnya, kes pemerasan dibahagikan kepada dua bahagian di bawah Kanun Keseksaan.

Pertama, Seksyen 384 kanun itu memperuntukan kesalahan melakukan seksaan bagi pemerasan sementara kedua, Seksyen 385 pula berkenaan mendatangkan ketakutan bencana kepada seseorang bertujuan melakukan pemerasan.

Dilaporkan, kes pemerasan yang melibatkan kontraktor dan pemaju pembinaan dibahagikan kepada empat kawasan berbeza iaitu di tapak projek pembinaan, pusat hiburan, premis perniagaan dan taman perumahan.

Menurut Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, paling banyak berlaku pemerasan ialah di tapak projek dan di kawasan perumahan.

“Kebiasaannya mereka terdiri daripada kongsi gelap ternama, dan juga samseng tempatan.

“Sekiranya mangsa enggan membayar, maka suspek akan bertindak dengan menggertak atau melakukan kekerasan dengan merosakkan jentera atau mengkhianati harta benda projek,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, mangsa biasanya enggan membuat laporan polis kerana khuatir akan dicederakan lagi oleh kumpulan samseng berkenaan.

Rohaimi juga berkata, aktiviti jenayah suspek ini biasanya tertumpu di kawasan bandar besar, seperti di Lembah Klang.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata masalah seperti ini memang telah wujud sewaktu beliau menjadi wakil rakyat pada 1980-an dan 1990-an.

“Saya telah mendengar banyak aduan daripada pengurus tapak pembinaan yang diugut.

“Saya percaya masalah ini mungkin hari ini lebih serius memandangkan sekarang lebih banyak projek pembangunan diusahakan.

“Pelbagai tindakan proaktif boleh dibuat oleh mangsa sekiranya menghadapi masalah ini iaitu dengan membuat laporan kepada pihak polis,” katanya kepada Astro AWANI.

Dalam pada itu Astro AWANI juga telah cuba mendapatkan mangsa melalui soal selidik di laman sosial.

Sekiranya ada di antara anda yang menghadapi isu ini diharap tampil berkongsi maklumat dan pengalaman di mana-mana platform laman sosial kami.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×