Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Penangkap ular di Australia selamatkan ular sawa yang 'rimas' digigit lebih 500 kutu

Recommended Posts

81547255103_UlarKutu.jpg
QUEENSLAND: Reptilia yang digeruni manusia pun ada kelemahannya dalam hukum dan aturan alam semula jadi.

Begitulah yang terjadi pada seekor ular sawa yang ditemui di sebuah kediaman di Queensland.

Pada mulanya, pegawai dari Pasukan Penangkap Ular Gold Coast dan Brisbane, Tony Harrison, menerima panggilan kecemasan saripada seorang pemilik kediaman di Queensland yang meminta menangkap seekor ular sawa di kolam renang di halaman belakang rumahnya.

Sejurus Harrison tiba di lokasi, dia amat terkejut apabila ular sawa yang hendak ditangkapnya itu dipenuhi dengan kutu yang beratus-ratus jumlahnya.

Kebanyakan kutu tersebut sudah lama menumpang dan ‘menghisap zat darah’ dari ular itu sehingga reptilia itu kelihatan agak lemah.

“Rupa-rupanya ular itu sangat tidak selesa dan sebenarnya cuba ‘melemaskan’ kutu-kutu tersebut dengan berendam dalam air.

“Saya sudah bekerja dengan jabatan ini selama 26 tahun tidak pernah melihat sesuatu seperti ini,” ujar Harrison.


Media Australia menularkan berita itu pada Jumaat dengan melaporkan bahawa ular tersebut, yang diberi nama Nike, selamat menjalani proses pembuangan kutu selama berjam-jam di sebuah hospital untuk hidupan liar.

“Lebih 500 kutu telah berjaya dibuang, namun ada banyak kutu yang masih kecil terlekat padanya. Maka, kami gunakan ubat khas untuk membunuhnya,” jelas Harrison yang menambah, Nike akan berada di hospital lebih lama.

Cerita mengenai Nike turut dikongsi di laman Facebook Gold Coast and Brisbane Snake Catcher.

Nampaknya, Nike mungkin sangat ‘berterima kasih’ pada manusia yang menemui dan merawatnya!

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×