Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Penamaan calon PRK Cameron Highlands hari ini

Recommended Posts

41536637755_CameronHighlands.jpg
CAMERON HIGHLANDS: Hari ini bakal berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highlands.

Lokasinya di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata.

Jika segalanya berjalan lancar, pengumuman rasmi calon bertanding akan dibuat pada jam 11 pagi.

Sembilan borang pencalonan sudah dibeli, bermakna ada kemungkinan pertarungan sembilan penjuru pada hari pengundian 26 Januari ini.

BACA: PRK Cameron Highlands: SPR siar proses pengiraan undi di media sosial

BACA: PRK Cameron Highlands: Hari mengundi 26 Jan, penamaan 12 Jan

Namun, setakat Jumaat, hanya tiga calon yang mengesahkan bakal bertanding, iaitu Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, wakil Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Noor dan Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018 terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×