Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

India bernafas dalam resah, China bernafas dalam racun!

Recommended Posts

DUA negara dengan populasi terpadat dunia dan sektor perdagangan industri yang melonjak, kini berdepan impak yang sudah lama diramal oleh pemerhati alam sekitar antarabangsa.

Di CHINA, sekurang-kurangnya sembilan bandar di wilayah Hebei, Shandong, Henan dan Shanxi yang aktif memacu sektor industri sudah mengeluarkan amaran peringkat kedua, atau ‘amaran jingga’ berikutan pencemaran udara yang teruk.

Ketika ini, penduduk di bandar-bandar tersebut semakin resah diselubungi jerebu yang menyukarkan rutin harian mereka.

Amaran itu dijangka berkuat kuasa sehingga 14 Januari.

Tapak-tapak industri seleperti kilang keluli serta aluminium diperintahkan untuk mengurangkan pengeluaran sekurang-kurangnya secara purata 30 peratus sepanjang amaran itu berkuat kuasa.

Lori-dan treler dengan bahan bakar diesel juga dihalang daripada membuat penghantaran komoditi.

Bandar Linfen dalam wilayah Shanxi yanag terkenal dengan aktiviti perlombongan arang batu, dikenal pasti oleh Kementerian Alam Sekitar sebagai kawasan paling tercemar antara 169 lokasi yang dipantau di seluruh negara itu.

Sektor industri China yang melonjak bagaimanapun memberi impak buruk dari aspek alam sekitar. - Reuters

Sementara itu di INDIA, sebuah program dilancarkan pada Khamis untuk menangani paras pencemaran berbahaya di lebih 100 buah bandar.

Namun, perancangan program itu menerima kritikan daripada aktivis alam sekitar, yang mendakwa pemerintah tidak menyediakan rangka kerja yang jelas berkaitan usaha menguruskan paras toksik.

Paras pencemaran di India setakat ini menjadi punca bagi berjuta-juta kes kematian.

Sejumlah 14 bandar di India yang tersenarai sebagai bandar paling tercemar di dunia, menurut Pertibuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berdasarkan kajian Lancet Planetary Health bulan lalu, udara yang mengandungi racun didakwa mengorbankan 1.24 juta nyawa pada tahun 2017.

Program Udara Bersih Kebangsaan (NCAP) menyasarkan untuk mengurangkan antara 20 hingga 30 peratus pencemaran di 102 bandar terjejas menjelang 2024.

Antara langkah yang digariskan adalah menyekat pelepasan asap industri dan kenderaan, memperkenalkan peraturan ketat bagi bahan bakar pengangkutan dan pembakaran biosisa, selain mengurangkan pencemaran debu.

Bagaimanapun, pelancaran proram itu berdepan dengan kelewatan birokrasi.

Sejak Oktober, penduduk New Delhi yang dihuni 20 juta orang, mengalami kesukaran bernafas dalam keadaan jerebu teruk.

Beberapa orang berjalan di kawasan India Gate, New Delhi yang diselubungi jerebu teruk. - Reuters

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×