Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

'Orang dalam' lulus projek bangunan atas tanah kerajaan: Khalid dedahkan minggu depan

Recommended Posts

51547201533_kebakaran.jpg
SHAH ALAM: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan membuat pendedahan pada minggu depan mengenai bangunan komersil di ibu negara yang dibina atas tanah kerajaan dan diluluskan individu tertentu dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tanpa menamakan individu berkenaan, beliau antara lain menjelaskan, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pendedahan dibuat.

Ketika ini katanya, DBKL telah menyerahkan surat pengosongan premis kepada pemilik bangunan berkenaan.

Malah, perkara itu berjaya dikesan sejak sebulan lalu.

“Insya-Allah, perkara itu berhubung dengan bangunan yang telah dibina atas tapak kerajaan. Bukan tanah dia, dia dapat surat DO, kelulusan dan siap dibina. Kita akan dedah.

"DBKL sudah minta ia dikosong. Kita akan tengok penyelesaian terbaik. Isu ini dikesan dalam sebulan lebih,” katanya semasa ditemui media selepas program Bicara Minda bersama Khalid Abdul Samad anjuran Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Katanya, pendedahan pencerobohan tanah kerajaan itu dibuat Datuk Bandar Kuala Lumpur kepadanya.

Beliau pada masa mengesahkan kelulusan projek berkenaan atas tanah milik kerajaan bukan ditandatangani Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum ini, sebaliknya pegawai terlibat.

“Datuk Bandar sebelum ini dia tidak tandatangan, tetapi pegawai di jabatan berkenaan. Kita akan bawa ke SPRM selepas ni, selepas dedah. Kita tak boleh dedah sekarang,” tambahnya.

Ditanya sama ada penglibatan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan dalam isu berkenaan, jelasnya perkara itu hanya akan diberitahu minggu depan.

Pada masa sama, beliau memerlukan masa lebih setahun untuk menyelesaikan dan mengkaji isu melibatkan tender projek  agar ia dilakukan secara telus serta adil.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×