Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Berita buruk: Suhu lautan dunia sebenarnya meningkat dalam rekod lebih pantas - Kajian

Recommended Posts

71547208708_LAUTGELOMBANG.jpg
TAMPA: Suhu lautan sedunia semakin meningkat dalam rekod bacaan yang lebih pantas, sekali gus menunjukkan bahawa pemanasan global terus berlaku dan mengancam pelbagai hidupan marin serta bekalan makanan utama bagi planet Bumi.

Agensi berita AFP melaporkan perkembangan itu berdasarkan dapatan kajian pasukan penyelidik pada Khamis, yang turut tersiar dalam jurnal Science.

Kajian diketuai Akademi Sains China itu menafikan hasil kajian sebelumnya yang menyatakan bahawa aktiviti pemanasan global terhenti sementara dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Teknologi terkini membuktikan perkara itu tidak pernah terjadi, sekali gus membawa kebimbangan tentang betapa cepatnya perubahan iklim dan impaknya terhadap penampan Bumi, iaitu lautan.

"Pemanasan laut adalah petunjuk penting mengenai perubahan iklim, dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa ia ber;laku lebih pantas daripada yang kita jangkakan,” ujar penyelidik bersama, Zeke Hausfather, di University of California, Berkeley.

Kira-kira 93 peratus haba berlebihan yang terperangkap di sekeliling Bumi akibat kesan gas rumah hijau, kini terkumpul di lautan-lautan sedunia.

Laporan terkini itu merujuk kepada empat kajian, yang diterbitkan antara tahun 2014 dan 2017. Ia memberi jangkaan yang lebih tepat mengenai bacaan suhu laut sebelum ini, hingga membolehkan saintis mengemas kini kajian dan meramal masa depan.

Analisis terbaharu menunjukkan bacaan pemanasan lautan adalah selari dengan peningkatan suhu udara.

Jika tiada usaha dilakukan untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau, unjuran kajian meramalkan suhu di lapisan permukaan 2,000 meter di semua laut di dunia ini bakal meningkat sehingga 0.78 darjah Celsius menjelang penghujung abad.

Lonjakan bacaan termal ini menjadi punca pengembangan air laut hingga boleh meningkatkan paras laut sehingga 30 sentimeter, iaitu melebihi bacaan peningkatan paras laut akibat pencairan glasier dan ais di kutub.

BACA: Peningkatan suhu bumi ancaman kepada penduduk dunia

BACA: Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada yang dijangka

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×