Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Isu Syazwan sertai JDT: KLFA belum terima sebarang surat

Recommended Posts

61547207682_BOLA.jpg
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa, terkejut dengan perkhabaran Syazwan Andik Ishak sudah menyertai pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2019.

JDT menjadi pasukan yang dikaitkan dengan Syazwan setelah ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan,  mengesahkan anak jati Johor itu tidak akan menyertai pasukannya.

Perkhabaran itu seakan-akan benar apabila gambar Syazwan sedang menjalani latihan bersama gergasi bola sepak tanah air itu tersebar luas di laman sosial.

Namun, sehingga kini KLFA masih belum menerima sebarang surat daripada mana-mana pasukan, termasuk JDT, yang mahu mendapatkan khidmat pertahanan kiri Harimau Malaya itu.

"Buat masa ini, kami belum menerima sebarang surat daripada mana-mana pasukan.

"Kami hanya menerima surat daripada Syazwan yang mengirimkannya menerusi jurulatih.

"Syazwan memohon untuk bertemu saya bagi mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

"Namun, dia yang sepatutnya bertemu saya Rabu lalu tidak melakukan perkara itu, sebaliknya saya mendapat perkhabaran dia telah berada di Johor.

"Saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini dan hanya mahu berbincang dengan pihak JDT.

"Jika mereka mahukan pemain kami, mereka perlu melakukannya secara baik," katanya.

KLFA sebelum ini menetapkan nilai pampasan RM1.6 juta buat mana-mana pasukan yang mahukan khidmat Syazwan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×