Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Pelukis grafiti Malaysia reka 'cover' single terbaharu Chris Brown

Recommended Posts

41547205508_kartun.jpg
KUALA LUMPUR: Pelukis seni grafiti, Katun atau nama sebenarnya, Abdul Hafiz Ab. Rahman memulakan tahun baharu dengan satu pencapaian yang membanggakan!

Menerusi laman Instagramnya, Katun mendedahkan hasil karya grafiti terbaharunya yang dilukis untuk single terbaharu penyanyi Chris Brown, Undecided.

“Saya mulakan 2019 dengan karya kolabrasi untuk single terbaharu Chris Brown, Undecided,” tulis Katun dalam kapsyennya.

"Saya sedang makan dengan rakan-rakan saya apabila saya menerima e-mel daripada pengarah kreatif Chris Brown. Ia adalah satu kejutan yang tidak dijangka, saya juga tertanya-tanya jika ia adalah sah. Saya masih tidak percaya bahawa saya mendapat peluang untuk melakukan karya seni untuk single Chris Brown!," kata Katun seperti dipetik portal The Star Online.

"Saya diberikan 100% kebebasan untuk mencipta karya seni itu. Pada asasnya, saya diberitahu bahawa Chris Brown mahu 'sesuatu yang misteri, sesuatu yang menonjol', jadi saya menghantar beberapa sketsa yang boleh mereka pilih. Dia memilih karya seni yang memaparkan seorang kanak-kanak bersama 'fortune guardian'." 


Undecided dilancarkan pada 4 Januari lalu dan disenaraikan sebagai single pertama Chris untuk album keempatnya, Indigo.
Katun merupakan seorang pelukis seni grafiti terkenal Malaysia - dengan pelbagai rekaan untuk jenama komersil dan mural berskala besar. 

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×