Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Siti Aafiyah satu tanggungjawab buat Siti Nurhaliza

Recommended Posts

61547027641_SitiNurhaliza.jpg
KUALA LUMPUR: KEHADIRAN Siti Aafiyah dalam hidup mustika hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sekadar pelengkap rumah tangga penyanyi itu dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.

Sebaliknya, cahaya mata yang akan berusia setahun pada Mac depan merupakan amanah dan tanggungjawab yang besar buat Siti Nurhaliza yang genap usianya 40 tahun hari ini.

Tidak ada hari tanpa Siti Nurhaliza melafazkan rasa syukur dan beruntungnya kerana dihadirkan Siti Aafiyah selepas 11 tahun berkahwin.

“Secara peribadi  saya bersyukur penantian selama 11 tahun ketika itu, Allah SWT telah  perkenankan dengan kehadiran Aafiyah pada tahun ke-12 (perkahwinan).

"Jadi pada tahun ini ia merupakan satu tanggungjawab baru kerana apabila Allah kurniakan cahaya mata  bagaimana yang saya inginkan itu merupakan satu tanggungjawab untuk membesarkan aafiyah dengan cara yang terbaik,” katanya ketika ditemubual oleh krew Astro AWANI di kediamannya. Setelah berehat agak lama bagi memberi tumpuan kepada cahaya matanya, Siti Aafiyah, beliau juga mengakui, berdebar untuk kembali ke dalam industri kerana ia merupakan satu pertaruhan besar buatnya untuk kembali.

Namun, Sejak lagu Anta Permana di perkenalkan di media sosial, masyarakat dapat menerima lagu tersebut dengan baik, sehingga munculnya Anta Permana Challenge, beliau berasa yakin untuk kembali.

Baginya, Hael Husaini dan Ezra Kong yang mencipta lagu berkenaan telah melakukan yang terbaik sehingga berjaya mendapat tempat di carta-carta radio tempatan.

Tambahnya, gaya penyampaiaan buat lagu Anta Permana agak berbeza kerana dia menekankan cara nyanyian ala Allahyarham Puan Sri Saloma.

Baginya tidak semua lagu sesuai untuk dinyanyikan dengan gaya yang mendayu-dayu namun lagu Anta Permana telah dicipta sebegitu dan ia merupakan satu langkah yang baik untuk kembali dengan lagu tersebut.

Dalam pertemuan itu juga, penghibur yang sudah 23 tahun menyanyi turut menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyokong perjalanan seninya selama ini.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×