Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Sazali tak terkesan penggantungan MBBF

Recommended Posts

41452258590_SazaliSamad.jpg
BEKAS atlet bina badan negara, Sazali Samad, lebih selesa untuk bergerak secara bersendirian untuk kekal aktif dalam sukan itu walaupun masih menjalani hukuman penggantungan tambahan selama empat tahun ekoran positif ujian doping.

Penggantungan Sazali ditambah empat tahun selepas dia menyertai satu pertandingan tahun lalu.

Ketika itu dia masih dalam tempoh hukuman selepas didapati positif ujian doping pada 2015.

Namun, pemegang gelaran Mr. Universe 10 kali itu mengambil keputusan untuk bergerak secara bersendirian bagi menyertai kejohanan berstatus terbuka selain turut memiliki kelas latihan di China.

Tawaran itu diperoleh selepas dia memenangi pingat emas dalam kejohanan pertunjukan Fearless di Shanghai, Mei tahun lalu.

"Saya mempunyai kelas latihan di Shanghai, China.

"Mereka tertarik untuk mengambil saya sebagai tenaga pengajar bagi kursus asas bina badan di sana.

"Mereka mempunyai pelajar yang ramai dan akademi yang besar," katanya.

Dalam pada itu, Sazali tidak pernah menganggap dirinya berada dalam tempoh penggantungan kerana dia kini bergerak secara profesional.

Dia perlu memastikan dirinya kekal konsisten bagi menyertai kejohanan berstatus jemputan.

"Saya sudah tidak mengambil kira penggantungan empat tahun itu.

"Bagi saya, hukuman itu tidak lagi memberikan sebarang kesan kerana saya sudah keluar daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).

"Ia terpulang kepada mereka untuk menilainya kerana saya akan terus bergerak bersendirian demi diri saya, keluarga dan peminat," tambahnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×