Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

KPKT lantik peguam pemerhati untuk kes kematian membabitkan Muhammad Adib

Recommended Posts

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melantik peguam pemerhati untuk keluarga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang meninggal dunia dalam kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini.

Menurut Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin menerusi kenyataan medianya berkata, peguam bernama Syazlin Mansor bakal memberikan nasihat guaman kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

"Selain memberikan khidmat nasihat guaman kepada keluarga Muhammad Adib dan JBPM, peguam pemerhati yang dilantik ini akan turut membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pendakwaan dalam persediaan prosiding kes tersebut," katanya lagi.

Pada 17 Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab memberitahu PDRM telah mengklasifikasikan semula kes Muhammad Adib sebagai kes bunuh.

Muhammad Adib, anggota bomba yang dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

KPKT lantik peguam pemerhati buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×