Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Terkandas dalam hutan lebih 15 jam, empat petugas TNB akhirnya diselamatkan

Recommended Posts

81545636342_TNBTerkandas.jpg
HULU TERENGGANU: Empat pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) ditemui selamat selepas terkandas lebih 15 jam di kawasan Hutan Simpan Mizan berhampiran Felda Mengkawang, Hulu Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata kesemua mangsa dilaporkan memasuki kawasan itu bagi menjalankan tugas kira-kira jam 9.30 pagi, Ahad.

Menurut Mohd Adli, ketika melakukan pemeriksaan puncak TNB (tower top inspection) petugas itu dikatakan tersasar dari lokasi kenderaan mereka diletakkan.

“Pada jam 9.40 pagi tadi salah seorang mangsa telah berjaya keluar daripada lokasi hutan tersebut ke Kampung Lubuk Periuk dan telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan perubatan.

“Seterusnya tiga lagi mangsa telah berjaya ditemui oleh pasukan yang menjalankan operasi lebih kurang 6 kilometer lah daripada tempat (kenderaan) pacuan empat roda mereka ditinggalkan,” ujarnya.

Beliau berkata, tiga lagi mangsa dijumpai dalam keadaan keletihan kira-kira jam 10.25 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Dalam operasi yang bermula pukul 8 pagi Isnin seramai 60 anggota telah digerakkan bagi mengesan kesemua mangsa.

Empoat mangsa itu ialah Nor Muslim Mohd. Dom, 51; Mohd. Amirul Ismail, 30; Muhammad Syazwan Wahab, 30, dan Ahmad Khairi Azman Mohamed, 29.

Kesemua mangsa merupakan pasukan petugas pemantau menara kabel elektrik jajaran Kenyir-Paka.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×