Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Wan Zack mahu bantu Selangor rebut kejuaraan musim 2019

Recommended Posts

81545632122_wanzackhaikal.jpg
PEMAIN tengah Selangor, Wan Zack Haikal, yakin kemampuan yang ada pada dirinya dapat membantu pasukan Gergasi Merah sebagai antara pencabar utama kejuaraan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2019.

Wan Zack merupakan antara pemain baru yang memperkuatkan cabaran Selangor musim depan selepas berhijrah dari Felda United.

Antara pencapaiannya musim ini sudah pasti membantu Felda United meraih gelaran Liga Perdana.

Mengakui cabaran bersama Selangor pastinya lebih sukar, pemain berusia 27 tahun ini percaya dia mampu memberikan sesuatu kepada pasukan dengan dia dijangka menjadi antara taruhan di bahagian tengah.

"Saya berbangga kerana dapat menyertai Selangor. Saya mahu cuba memberikan yang terbaik bagi musim hadapan dan bersaing mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama," kata Wan Zack.

Meskipun merupakan muka baharu dalam pasukan, Wan Zack bagaimanapun mempunyai sedikit kelebihan kerana pernah bekerjasama dengan pengendali, B. Sathianathan, ketika di Felda United.

Selain Wan Zack, Selangor turut diperkuatkan dengan beberapa lagi pemain antaranya Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Nurridzuan Abu Hassan serta penjaga gol, Farizal Harun.

"Kami sebagai pemain harus memberikan yang terbaik dalam sesi latihan. Saya berasakan Selangor memiliki barisan pemain muda yang berkualiti dan ia membantu persiapan jurulatih."

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×