Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Zidane pilihan terbaik United, kata Louis Saha

Recommended Posts

41501387723_ZinedineZidane.jpg
BEKAS pemain Manchester United, Louis Saha, percaya Zinedine Zidane adalah pilihan terbaik menggantikan Jose Mourinho di Old Trafford.

United kini sedang mencari pengganti tetap untuk Mourinho, yang dipecat oleh gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu minggu lalu.

Bekas pemain, Ole Gunnar Solskjaer, telah mengambil tempat sebagai pengendali sementara hingga penghujung musim ini, dengan laporan yang mencadangkan United mahu mendapatkan khidmat pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino bagi musim 2019-20.

Zidane –- yang memimpin Real Madrid memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara (UCL) sebelum meninggalkan kelab LaLiga itu turut dikaitkan dengan tugas di Old Trafford.

Dalam satu temubual bersama Omnisport, Saha menyokong Zidane untuk melakar kejayaan di Theatre of Dreams.

"Bagi saya, Zidane adalah seorang pemain serta jurulatih yang berkualiti.

"Beliau seorang yang memahami dan bijak mengimbangi corak permainan serangan dan bertahan.

"Ia bukan satu tugas yang mudah untuk mengendali Real Madrid, dibarisi pemain-pemain bertaraf bintang dan beliau berjaya meraih tiga gelaran UCL berturut-turut.

"Bagi saya, Zidane pilihan terbaik United. Beliau akan menerima sokongan daripada semua pihak dan masa harus diberikan jika beliau dilantik selaku pengurus United," katanya.

Solskjaer memimpin kemenangan The Red Devils 5-1 ke atas Cardiff City pada Sabtu -- ia merupakan pertama kali pasukan menjaringkan lima gol sejak kali terakhir dilakukan dalam perlawanan terakhir Alex Ferguson pada 2013.

United kekal di tangga keenam tetapi ketinggalan hanya lapan mata untuk mengejar kedudukan UCL menjelang aksi seterusnya berdepan Huddersfield Town.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×