Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Rusuhan kuil: Lelaki mengaku tidak bersalah atas 3 pertuduhan termasuk mendatangkan kecederaan

Recommended Posts

81543463218_KuilUSJ.jpg
PETALING JAYA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariaman pada November lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan pertama dia didakwa bersama seorang lagi tertuduh dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dihadapan kuiil berkenaan sekitar jam 1.30 tengahari pada 26 November lalu yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda hingga 10 ribu ringgit atau kedua duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa bersama seorang tertuduh melakukan rusuhan bersama 50 individu yang masih bebas dan menghalang laluan kenderaan polis dihadapan lokasi yang sama pada masa dan tarikh yang sama.

BACA: Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman: 5 mengaku tidak bersalah miliki senjata berbahaya

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa bersama dua lagi tertuduh kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap Sulaiman Abdullah 32 tahun di lokasi sama kira kira jam 12.30 tengahari pada 26 November lalu.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.

Mahkamah menetapkan ikat jamin tertuduh diikat jamin 10 ribu ringgit dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri dua kali sebulan di balai polis terdekat dan menyerahkan Passport.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah.

Kes disebut semula 17 Januari depan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×