Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Suka himpun barang? Anda mungkin bermasalah

Recommended Posts

KUALA LUMPUR: "Saya akan simpan semua barang-barang lama saya, walaupun dah tak pakai lagi. Sampai satu tahap, saya dah tak tau nak letak mana. Adakah itu satu masalah?" 

Adakah anda pernah mengalami atau sedang berada dalam situasi seperti ini? 

Tahukah anda ini merupakan sebahagian daripada masalah mental yang mungkin ramai tidak sedar dan tidak tahu? Anda mungkin tergolong dalam penghidap penyakit ini. 

Menurut Mental Health Advocate, Aiman Amri, itu adalah antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar dibuang.

Ia digelar Hoarding Disoder.

“Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.

Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula.

"Keadaan yang semakin teruk, apabila ia sudah dikategorikan sebagai disorder,” ujarnya kepada Astro AWANI.

Aiman berkata, penghidap Hoarding Disorder akan mengalami kesukaran untuk melepaskan apa-apa barang miliknya walaupun ia sudah hilang nilai kegunaannya. - Astro AWANI

Tambah beliau, apa yang lebih menyukarkan lagi rawatan adalah, penghidapnya tidak melihat penyakit ini sebagai satu masalah, malah menganggapnya sebagai satu perkara normal.

Jelasnya, untuk keadaan mental menjadi pulih, salah satu faktor kritikal yang boleh membantu proses rawatan ialah, penghidapnya mahu diubati.

Bagaimanapun, kata Aiman, bagi penghidap Hoarding Disorder ini, mereka berdepan kesukaran di tiga peringkat awal.

"Pertama, perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan.

"Kedua, tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna).

"Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.

"Dan ketiga, semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai.

"Dan akhirnya, mula menyimpan sampah-sampah,” jelasnya lagi.

Simptom Hoarding Disorder. Astro AWANI

Tambah Aiman, ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada.

Barang-barang yang sudah tidak digunakan masih disimpan kerana setiap kali mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala barang itu masih elok dan ada kegunaannya.

"Elok lagi ni, nanti mesti ada nak guna.

"Itulah simptom terbesarnya. Terlalu percaya objek tersebut akan digunakan atau ada gunanya satu hari nanti,” katanya.

Punca Hoarding Disorder

Kata Aiman, punya terjadinya disorder ini masih tidak diketahui dan misteri.

Ada kemungkinan ia berpunca daripada  stress, genetik, keadaan kimia otak dan pelbagai lagi.

Rawatan

Rawatan untuk kondisi ini hanya boleh dijalankan oleh pihak yang pakar - iaitu Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah.

Antara cadangan untuk mengawal diri daripada situasi ini menjadi semakin melarat ialah membuat pengemasan secara menyeluruh atau total cleaning.

“Kemas rumah anda. Buang barang-barang yang anda tidak perlukan.

"Tipnya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3 hingga 6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walau semahal mana pun harganya,” ujarnya.

Barang-barang tersebut katanya, tidak semestinya dibuang. Sebaliknya, ia boleh dijadikan sebagai hadiah atau dijual.

“Contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke free market,” tambahnya lagi.

Kata Aiman, walaupun sukar untuk dibuang, namun percayalah, selepas melakukan perkara itu (total cleaning), anda akan berasa lega.

Ujarnya, jika mahu juga menyimpan beberapa objek yang dianggap sentimental, ia haruslah tidak melebihi 10% daripada jumlah barangan yang hendak dibuang.

“Marilah kita sama-sama tingkatkan lagi kesedaran terhadap kesihatan mental manusia. Ia bukan semata-mata mengenai depresi, anxiety, ADHD, autisme dan sebagainya.

"Ia lebih luas daripada itu,” nasihatnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...