Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman: 5 mengaku tidak bersalah miliki senjata api

Recommended Posts

61545628785_KuilSriMahaMariamman.jpg
PETALING JAYA: Lima individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas satu pertuduhan berada di kawasan rusuhan dan memiliki senjata di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Seafield Subang Jaya 26 November lalu.

Kesemua tertuduh berusia 24 hingga 40 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa melakukan kesalahan itu diantara jam lebih kurang dua hingga lima pagi di kuil berkenaan pada 26 November lalu.

Jika sabit kesalahan kesemua tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Mahkamah menetapkan ikat jamin tertuduh pertama sebanyak lima ribu ringgit manakala tertuduh kedua hingga kelima sejumlah RM6,000 masing masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan setiap tertuduh perlu melapor diri dua kali sebulan di balai polis terdekat dan menyerahkan pasport mereka.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah.

Kes disebut semula 17 Januari depan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×