Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Selepas tsunami, pengikut akaun IG Seventeen naik mendadak

Recommended Posts

BIARPUN sudah mencipta nama sejak tahun 1999, tetapi harus diakui band dari Indonesia ini tidak begitu menyerlah, terutama sekali di Malaysia.

Mungkin juga kerana saingan dari band seumpama mereka begitu banyak dari negara jiran itu, namun single Selalu Mengalah yang dipetik dari album Lelaki Hebat yang diterbitkan pada 2008, pernah mendapat perhatian peminat muzik tanah air.

Video muzik lagu tersebut kini mencatat lebih 1 juta tontonan, dengan ruangan komen dipenuhi ucapan takziah daripada peminat.

Akaun Instagram rasmi band itu @seventeenbandid mencatat kenaikan lebih 60,000 pengikut, dari hanya 22,000 ke lebih 85,000 dalam masa 24 jam.

Vokalis band itu, Ifan, dalam satu kemaskini Instagram pada Isnin memaklumkan semua anggota band itu yang maut akan dikebumikan hari ini, namun meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis pengebumian mereka.

BACA: Rakaman letusan gunung berapi Anak Krakatau sebelum tsunami


"Maaf saya tidak dapat hantar sahabat-sahabat sekalian sehingga ke akhir, saya masih perlu mencari Dylan (isteri) dan Andi.

Anak Krakatau

BACA: Tular video dramatik persembahan Seventeen dibadai tsunami

"Doa saya sentiasa bersama kalian, semoga kita bertemu di sana nanti," tulis Ifan.

BACA: Gulungan ombak 6 meter selepas letusan Gunung Anak Krakatau - Bupati Pandeglang

Seventeen kehilangan dua anggota mereka, Bani dan Herman, serta pengurus dan kru pentas, Oki Wijaya dan Rukmana Rustam, sementara pemain dram, Andi, pula masih hilang.

Band itu memenuhi jemputan di Tanjung Lesung Beach Resort ketika tsunami melanda pada malam Sabtu.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...