Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Berita ayah meninggal saya sangka gurauan - Anak Ustaz Radzi

Recommended Posts

71545577634_UstazRadzi.jpg
KUBANG PASU: "Pada awalnya saya ingatkan mereka hanya bergurau, rupanya berita yang disampaikan mengenai ayah itu benar-benar terjadi."
   
Itu luahan Mohd Firdaus Mohd Radzi, 25, anak sulung Allahyarham Mohd Radzi Abdul Hamid selepas menerima khabar bahawa ayahnya rebah di atas pentas ketika membuat persembahan di Kuala Lumpur, malam tadi.
   
Firdaus yang juga seorang pendakwah bebas menzahirkan rasa sebak dan terkilan apabila tidak dapat bersama arwah saat bapanya itu menghembuskan nafas terakhir.

BACA: 'Dia rebah dan terus sujud' - Detik-detik akhir Ustaz Radzi

BACA: Ebit Lew dedah sikap terpuji Ustaz Radzi

Namun demikian, dia akan sentiasa berpegang kepada pesanan Arwah supaya jangan tinggal solat dan meneruskan legasi dakwah beliau.    
Sementara itu, bagi rakan artis, Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zack Kool yang bersama Allahyarham Radzi sepanjang konsert di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada Sabtu, menjelaskan arwah tidak langsung menunjukkan sebarang tanda tanda sakit sebelum melakukan konsert namun menjelaskan ada ternampak sedikit bengkak pada kaki arwah ketika waktu latihan.
   
“Hari persembahan petang itu saya ternampak kaki arwah bengkak, saya nak tegur tapi terlupa untuk bertanya,” katanya.

Tambah Zack Kool, kehilangan arwah yang juga senang dipanggil ‘Scorp’ di kalangan rakan-rakan seangkatannya, bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga dunia dakwah bahkan bagi seluruh golongan artis terutama yang sedang ataupun telah berhijrah kearah yang lebih baik.

Penyanyi rock yang pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Ustaz Radzi dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, jam 11.10 malam Ahad.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, 52, menjadi artis terakhir mengadakan persembahan bersama rakan lamanya dalam kumpulan rock, Melissa.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×