Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Sarjan polis maut selepas motosikal berkuasa besar bertembung kereta

Recommended Posts

51483795940_kemalangan.jpg
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kemalangan berhampiran Arena Futsal, Jalan Sulaman, Tuaran, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Faizal Wahid berkata kejadian itu mengakibatkan Sarjan Mohd Norzanyzan Mohd Din, 39, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Menurutnya sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat Tuaran bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang.

"Pasukan EMRS memberikan rawatan awal di lokasi sebelum menghantar Sarjan Mohd Norzanyzan ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans untuk tindakan selanjutnya. Mayatnya kini masih ditahan di hospital berkenaan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pemandu serta semua penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan bomba kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan rapi bagi memastikan lokasi kejadian benar-benar selamat, sebelum menamatkan operasi.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×