Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tiada konflik dalam Pakatan Harapan - Mat Sabu

Recommended Posts

51544950473_TBAmanah.jpg
SHAH ALAM: Tidak wujudnya konflik dalam Pakatan Harapan (PH) seperti yang diperkatakan ramai kebelakangan ini.

Menurut Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, setiap orang mempunyai pandangan dan mengeluarkan kenyataan itu adalah perkara biasa.

"Parti Amanah Negara tidak perlu mengeluarkan apa apa kenyataan dan mengeluarkan kenyataan itu perkara biasa dalam politik.

"Pakatan Hadapan (PH) masih utuh dan kukuh dan kami sentiasa berbincang dalam Majlis Presiden, katanya di Program Santai-santai Parti Amanah Negara Cawangan Seksyen 27 di Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, Mohammad Sabu yang juga merupakan Menteri Pertahanan berkata perpaduan dan permufakatan antara masyarat majmuk di Malaysia haruslah diperlihara.

"Kita boleh dikritik, ditegur, tetapi elakkan fitnah antara satu sama lain.

"Ini supaya orang Melayu, Cina dan India hidup aman dan sempurna, "katanya.

Tambahnya, masyarakat negara ini haruslah mengambil iktibar seperti peperangan yang berlaku di negara lain.

"Kalau kita lihat peperangan yang berlaku di Somalia, kita seharusnya menjadikannya sebagai tauladan.

"Pantang larang antara kaum dan agama haruslah dijaga supaya tidak menyentuh mana mana sensitiviti antara satu sama lain," katanya.

Terdahulu Penasihat DAP Lim Kit Siang menyeru semua pemimpin Pakatan Harapan supaya tidak membuat sebarang kritikan mahupun serangan terhadap pemimpin lain dalam gabungan itu tanpa berbincang terlebih dahulu dengan parti masing-masing.

Katanya, amalan tersebut boleh membawa kepada persepsi negatif dan akibat yang buruk kepada Pakatan Harapan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×