Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Cara saya kira harga minyak berbeza dengan BN - Rafizi

Recommended Posts

51526121468_RafiziRamli.jpg
KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan boleh kembali ke formula pengiraan secara mingguan untuk sistem apungan harga minyak seperti zaman Barisan Nasional dahulu, tetapi dengan syarat, mereka harus menyediakan subsidi bagi sebagai usaha menetapkan harga siling, kata bekas Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli.

Berdasarkan pengiraannya, Rafizi berkata, kaedah ini akan dapat memastikan, harga RON95 dapat turun sebanyak 20 sen.

Penyediaan subsidi itu, jelasnya lagi, perlu bagi melindungi rakyat dari harga minyak mentah dunia yang naik melambung, iaitu dengan menetapkan harga siling.

"Apa-apa harga formula yang lebih tinggi dari harga siling, Kerajaan Persekutuan perlu membayar subsidi untuk mengekalkan harga pada harga siling.

"Kerajaan juga perlu menyemak harga mengikut formula secara mingguan untuk memastikan jika ada kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia, rakyat akan menikmati penjimatan serta-merta," katanya lagi.

Terdahulu, Rafizi berkata, menyamakan saranan beliau dengan cara yang serupa diamalkan Barisan Nasional dahulu adalah kurang tepat, kerana beliau turut menekankan penyediaan subsidi. 


BACA: Kalau ikut cara BN, harga RON95 dah turun 20 sen - Rafizi

Dalam petikan surat yang beliau tulis kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Rafizi berkata, kaedah pengiraan bulanan yang diamalkan sekarang hanya sesuai dalam beberapa bulan yang lalu iaitu ketika harga minyak mentah dunia naik melonjak.

“Kaedah (pengiraan bulanan) ini sesuai dalam beberapa bulan yang lalu iaitu ketika harga minyak mentah dunia naik melonjak. Dalam keadaan harga mentah dunia tinggi, Kerajaan Persekutuan menyediakan subsidi untuk mengekalkan harga pada kadar RM2.20 seliter bagi RON95.

“Selagi harga minyak mentah dunia kekal tinggi, maka pengiraan formula hanyalah untuk menentukan berapa subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan kerana harga yang dibayar oleh rakyat adalah lebih rendah dari harga formula,” katanya lagi.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×