Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Pengimbas canggih RM700 juta bendung penyeludupan - Lim Guan Eng

Recommended Posts

71544345426_limguaneng.jpg
BUTTERWORTH:

Kerajaan berhasrat untuk membekalkan beberapa buah alat pengimbas canggih  kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membendung aktiviti penyeludupan.

 

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata peralatan canggih yang dianggarkan bernilai RM700 juta itu dijangka akan ditempatkan di semua pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara pada penghujung tahun hadapan.

 

Menurutnya, kerajaan juga merancang untuk meletakkan 55 buah alat pengimpas kargo (cargo scanner) yang dianggarkan bernilai RM12 juta sebuah di semua pelabuhan di negara.

 

"Selain itu, lapan buah alat pengimbas bagasi dan enam alat pengimbas badan juga akan dibekal di semua lapangan terbang di seluruh negara pada penghujung tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Kastam di Perumahan Kastam di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak semestinya membeli kesemua peralatan pengimbas tersebut tetapi akan menggunakan kaedah lain seperti sewa pajak untuk membekalkan peralatan tersebut kepada JKDM.

 

Beliau berharap dengan adanya peralatan pengimbas yang canggih ini, hasil kutipan cukai kerajaan akan meningkat.

 

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan telah kehilangan hampir RM5 bilion setahun akibat penyeludupan rokok.

 

Katanya, disebabkan itu, penguatkuasaan aktiviti penyeludupan rokok telah ditingkatkan dengan hukuman penjara maksima lima tahun atau dengan maksima RM500,000.

 

Oleh itu, beliau menasihatkan semua peniaga supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan rokok atau menjual rokok tanpa duti, agar mereka tidak dikenakan tindakan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×