Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

'Dia rebah dan terus sujud' - Detik-detik akhir Ustaz Radzi

Recommended Posts

61545530404_ustazradzimeninggalduniaa.jp

PENYANYI rock yang pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Ustaz Radzi dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, jam 11.10 malam tadi.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, 52, menjadi artis terakhir mengadakan persembahan bersama rakan lamanya dalam kumpulan rock, Melissa.

Menurut Presiden Rurov Republic, Ammerz Danish menerusi posting di Facebook miliknya, Ustaz Radzi rebah dan terus sujud ketika membuat persembahan itu dibawa ke belakang pentas sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

BACA: Ebit Lew dedah sikap terpuji Ustaz Radzi

“Di minit ke 17 ustaz Radzi Melissa II yg popular dengan lagu cinta utk nabila rebah Dan terus sujud..terus direhat kan.kami di belakang pentas menunggu keputsan dari pegawai perubatan..KITE SAME2 BERDOA AGAR BELIAU PULIH SEPERTI SEDIAKALA. GET WELL SOON MY SIFU. DAN BELIAU TELAAH DI SAH KAN MENIGGAL DUNIA PADA 11.10pm td di back stage pangung anniversary sebentar tadi AL. FATIHAH,” tulisnya.

Ammerz turut berkongsi video live Ustaz Radzi yang sedang membuat persembahan tiba-tiba rebah.

Difahamkan jenazahnya yang turut diiringi dua anaknya itu terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Selain lagu Cinta Untuk Nabila, Melissa turut popular dengan lagu Lambaian Sayonara, Wajahmu Di Mataku, Memikat Cahaya dan banyak lagi pada era 1990-an.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×