Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

'Mental aku dimainkan...', tunang Muhammad Adib berang kewujudan akaun palsu

Recommended Posts

NURUL NAJIHAH RADZI, tunang kepada aggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia akibat parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, 27 November lalu, kecewa apabila wujudnya banyak akaun palsu dirinya di laman sosial.

Najihah menyelar beberapa pencipta akaun palsu itu kerana sengaja mengambil kesempatan untuk melakukan perniagaan atas kedukaan orang lain.

Menurut Najihah, sepatutnya mereka perlu menghormati diri dan situasi yang berlaku sekarang.

“Kepada pencipta fake account, jangan seronok sangat ambil kesempatan dengan situasai sekarang. Respect orang sama.

“Nampak benda ni macam kecil, tapi mental aku hampa mainkan. Saya masih boleh bercakap cara baik, jangan sampai saya gun acara kasar.

“Guna kesempatan untuk naikkan perniagaan, nak cepat famous, tak berbaloi. Tolong ya,” tulisnya.

Tunang Adib itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsing itu, dia turut memuat naik foto akaun-akaun palsu tersebut.

41545552012_5c7d2d6c-abfe-43a5-9b68-cf79
51545552020_370600bd-f24d-4398-8639-b210
51545552026_81ef43e4-ab9e-4682-98ec-11ac
51545552034_345ba315-8ab6-408c-84ad-72ae

Najihah berharap pencipta akaun palsu itu boleh memberhentikan aktiviti terkeji mereka.

Adib dan Najihah merancang melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini namun tidak kesampaian.

Adib disahkan meninggal dunia selepas tiga minggu menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Jenazah Muhammad Adib dibawa menaiki helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah untuk urusan pengkebumian.
 
 

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×