Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Peladang, pekebun perlu ada sijil MSPO, kukuhkan industri minyak sawit - Teresa

Recommended Posts

61535922114_TeresaKok.jpg
KUALA LUMPUR: Semua peladang atau pekebun kecil perlu mempunyai Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) tahun hadapan.

Menurut Menteri Industri Utama Teresa Kok, ia sebahagian daripada rancangan kerajaan dalam memastikan kualiti serta mutu minyak sawit negara berada pada tahap terbaik.

"Adalah penting bagi setiap peladang atau pekebun kecil untuk mempunyai Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

"Jika perkara ini dapat dicapai kita boleh mengelak daripada kempen negatif oleh Kesatuan Eropah terhadap produk minyak sawit kita. Bagi saya, semua pihak terutamanya pekebun perlu mengamalkan amalan pertanian baik dalam memastikan tahap kualiti minyak sawit negara tinggi," ujarnya.

Bagi memastikan pekebun kecil mendapatkan sijil berkenaan, kerajaan akan memberi secara percuma kepada pekebun kurang 40 hektar tanah.

Beliau berkata demkian selepas ditemui media dalam Program Komuniti anjuran Kelab Rotary di ibu negara pada Ahad.

Sabtu lalu, Dewan Rakyat Perancis mengumumkan tidak mengiktiraf minyak sawit sebagai sebahagian sumber untuk penghasilan biodiesel.

Ia membawa kepada bantahan beberapa negara pengeksport minyak sawit yang menyifatkannya sebagai 'diskriminasi' kepada industri minyak sawit.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×