Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Enggan teruskan hubungan sulit, wanita warga Indonesia ditikam

Recommended Posts

51545535627_BUNUH.jpg
PETALING JAYA: Seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati ditikam di parkir Masjid Al-Husna, Sungai Way, di sini, lewat malam tadi.

Kejadian dipercayai berpunca selepas mangsa enggan meneruskan hubungan dengan suspek yang menurut polis baru mengenali mangsa selama dua bulan. 

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati suspek telah membelanjakan sejumlah wang untuk hubungan intim mereka.

"Namun, sejak kebelakangan ini, suspek tidak mampu membelanjakan wang yang diminta mangsa, membuatkan mangsa tidak mahu meneruskan hubungan, mencetus kemarahan suspek.

"Semasa mangsa menghampiri parkir Masjid Al-Husna, suspek bertindak menikam mangsa di bahagian dada, kemudian minum racun dan menikam diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada Jumaat jam 10.18 malam.

Mangsa dikenali sebagai Asmaul Chasanah, 28 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...