Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Polis Lahad Datu tahan anggota tentera suspek kes rogol

Recommended Posts

71545534609_POLIS.jpg
LAHAD DATU: Polis Lahad Datu malam tadi menahan seorang anggota tentera berusia 24 tahun yang disyaki merogol kekasihnya yang merupakan seorang jurujual berusia 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata, pada 17 Disember lalu, mangsa dihubungi suspek ketika sedang berehat di tempat kerja, iaitu sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu.

"Suspek kemudian meminta mangsa untuk berjumpa. Setelah itu, suspek membawa mangsa ke Terminal Bas Ekspress Inanam. Kemudian, suspek bertindak memaksa mangsa untuk ikut ke Lahad Datu.

"Mangsa merayu untuk dilepaskan namun tidak diendahkan suspek. Sebaliknya, suspek menampar muka mangsa dan juga menumbuk perut mangsa.

"Sepanjang perjalanan, suspek telah mengugut mangsa akan memukulnya sekiranya dia menangis," kata Nasri.

Setelah sampai di Lahad Datu, mangsa telah dibawa ke dalam sebuah hotel.

Suspek, menurut Nasri, telah memaksa mangsa melakukan hubungan seks dan kemudiannya memukul mangsa secara bertubi-tubi di bahagian tangan, perut dan paha.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek merupakan pasangan kekasih dan hanya baru menjalinkan hubungan sejak empat bulan yang lalu.

Suspek merupakan seorang tentera di Kem Penrissen, Sarawak.

Selepas itu, pada 19 Dis, mangsa telah dilepaskan di Sandakan dan diambil oleh sepupunya yang berada di sana.

Mangsa telah dirujuk di Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan baru dan kesan lebam di tangan kiri dan kaki mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×